Saturday, January 7, 2012

Saya baru sahaja pulang dari pasar tani,depan East Coast Mall. Sya adalah nampak macam macam jenis barangan yang dijual saya rasa seronok sangat walaupun maish risau akan diri saya. Saya ada nampak seorang  pak cik ni. Dia jual pisau sahaja . Tapi dia buat pelbagai jenis bentuk sayuran seperti contoh:
Dia ambil sebiji lobak merah dia potong dan hasil kan sebuah reka bentuk yang sukar di buat tetapi dia kongsi ilmu yang ada pada dirinya dan saya rasa jualan nya agak laku.Sya kagum dengan pakcik itu....
SEKIAN....
Saya sekarang ini tak rasa tak sabar dan tak nak pergi dari rumah saya sebab itu sekarang ini saya buat tajuk post ini sebagai BINGUNG hah... Saya rasa nak pergi dan tak nak pergi ke tempat tersebut sebab saya fikirkan tentang ibu bapa saya adik beradik saya pelajaran saya dan kawan kawan saya. Haih... Saya fikirkan pasal ibu dan ayah saya rasa berat hati nak tinggalkan mereka di rumah. Saya hanya bimbang saya akan rindukan mereka berdua sebab mereka ialah jantung saya. Saya amat sayang mereka berdua.Hmm.... Bila saya fikkirkan pasal adik beradik saya, Saya pun rasa berat hati nak tinggalkan mereka sebab walaupn saya selalu bergaduh,saya masih sayangkan adik beradik walaupun mereka berat kepala .... Saya rasa itu merupakan rutin harian hidup saya bila bergaduh dengan mereka. Saya kalau tak bergaduh dengan mereka sehari tak sah rasanya.Saya kadang kadang rasa nak mereka kalau tak ada sehari tak sah tapi bil dapat tawara ke maktab saya mula rasa nak tolak tawaran tersebut. Kawan kawan.. Hmmm... Saya rasa mungkin ini adalah masanya dalam 2 minggu untuk saya menghargai kawan kawan saya .... Walaupun adakalanya saya sesetangah daripadanya menjengkelkan untuk saya tapi mereka masih kawan kawan saya. Saya rasa untuk bab kawan kawan saya masih mencari kawan yang memang sejati untuk saya dan saya tak ada banyak sangat celoteh untuk mereka . Akhir sekali, saya ingin bincangkan pasal pelajaran saya mungkin ini adalah masanya untuk saya membuktikan kepada ibu ayah yang saya boleh berjaya walau di mana mana sahaja saya belajar. Tapi, maktab yang menawar saya ini bukan sebuah maktab yang biasa.... Saya telah mencabar diri saya untuk masuk ke pengajian Cambridge... Saya memang tak sangka lah yang saya dapat masuk kesekolah ini sebab saya tak tahu apa yang saya telah buat masa ujian temuduga.. Saya banyak sangat hentam je soalan soalan yang di tujukan kepada saya

SEKIAN

Friday, January 6, 2012

Wah!!!! Huhuhu....

Saya sangat gembira sekarang ini sebab:

GEMBIRA:

Saya baru dapat tawaran untuk ke MRSM Tun Abdul Razak di Pekan Pahang . Saya sangat gembira sebab saya memang nak pergi ke sekolah tersebut dan Allah S.W.T beri rezeki kepada saya untuk pergi ke sekolah tersebut. Wah!!! Saya sangat gembira dan teruja sekarang ini dan saya rasa tak sabar sabar uuntuk pergi ke MRSM. Sebuah nama yang besar di seluruh Malaysia sekarang ini.

SEDIH:

Saya tak sanggup nak tinggalkan ibu,ayah dan adik beradik di rumah. Mana tak nya saya tak pernah tinggal jauh daripada ibu ayah dan adik beradik.Walaupun saya selalu marah adik saya, Tapi ibu saya gelarkan  "marah" dengan MAKAN adik adik... Satu lagi, saya baru sahaja mendaftarkan diri di SMK Bukit Rangin.
Masa saya baru habis orientasi walaupun  3 hari  sahaja saya dah naik bosan sebab saya dh tak sabar nak belajar rupa rupanya bila masa 3 hari orientasi dah habis... Saya baru sahaja nak bermesra dengan warga warga SMK Bukit Rangin...Saya rasa macam kakak saya sahaja mana taknya dia pun belajar di sek0lah sama dengan saya tapi dia belajar sekolah asrama penuh kat pekan  saya rasa mungkin ini takdir saya dan saya harus menerima nya

Monday, December 19, 2011

SINGAPURA 2

Saya nak ceritakan hari yang dinantikan oleh kami sekeluarga....
NAK PERGI KE MUAR!!!!!

SEMASA DALAM PERJALANAN KE MUAR:

-semasa dalam perjalanan best giler kami x rasa bosan ataupun mengantuk...
sbb kitorang lalu ikut jalan kampung...Yela saya x nak menipu sbb saya mmg tidur masa perjalanan tuh...
Mmm...sy bangun jer kitorang sume berenti kat petronas... saya ingatkan kitorang ni dah sampai johor
rupenye baru sampai kat muadzam shah...kitorang sekeluarga berenti kat situ sbb kitorang nak ke
tandas...
-Lepas bgn dari tidur saya mmg terus x leh nak tidur.. huh saya mengeluh lah tapi ape yg pelik kli ni
saya x kesejukan dalam kete sbb kali ni adik sy bleh bagi kerjasama utk kurang kan kelajuan pendingin
hawa...Tak lama selepas itu, kami semua sampai ke Tangkak,Johor... masa dalam perjalanan Ibu boleh
perasan plak ade berderet deret kedai kain,baju,tudung dan ade jugak kedai whole in 1... kalau tak
silap saya ade satu jer kedai kat situ...kakak saya adik saya yg ke 4 & 5 ngan ayh n ibu...

BErsambung hihihi... sori..

Sunday, December 18, 2011

SINGAPURA 1

Hari ini saya nak ceritakan pengalaman sewaktu berada di Universal Studios Singapore..
HEBAT,BEST DAN BEST GILER!!!!
Kalau nak ceritakan sekarang x boleh tapi skang ni saya cerita dulu lah ye sebelum,semasa dan selepas
pergi ke singapura..

MALAM SEBELUM KE MUAR:

- Malam tuh dah kelam kabut dibuatnya.. mana xnyer baju x kemas lagi apa pun x siap lagi....
Tapi... jangan lah korang sume ingat kitorang x buat passort lagi. kitorang sume buat passport mse
balik dari hari terakhir persekolahan 2011.. balik tuh ayah saya bisik yg kitorang akan pegi
singapura saya melompat tapi(dalam hati je lah)hihihi...

- Berbalik kepada cerita tuh malam tuh ayah tanya saya mne saya letak charger camera nikon d7000 sy
berdebar lah sbb x tahu kt mne sya ltk charger tuh..saya check lah dalam beg"balik kampung"saya tu
(saya panggil beg tuh "beg balik kampung" sbb kalau saya nak melancong atau balik kampung saya
akan guna beg tulah)ke cerita semula... tapi malangnyer saya x jumpe jugak charger tuh, Ibu saya
bising kat saya.Saya memang tak boleh nak ingat kat mana saya letak charger tuh..

- Lepas tu ayah ambil kata putus untuk bawak je camera tuh.. lantak lah berapa banyak pun gamba
yang bleh diambil...Dah siap semua barang ayah nak ke Driving Range Royal.. saya pun ambik peluang
untuk ikut ayah skali sbb saya dah lama x pegi Driving, Hihihihiii/...

SEKIAN SAHAJA DAHULU UNTUK EPISOD PERTAMA ASSALAMUALAIKUM...

Monday, December 12, 2011

10 TIP RINGKAS UNTUK KURUS

.
1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


Selamat Mencuba!


p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?

p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan di ruangan ini. Bagi penerangan lebih lengkap, anda boleh dapatkan cara kurangkan 5 kg dalam masa yang singkat yea.


Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/07/10-tips-ringkas-kuruskan-badan.html#ixzz1gJVaEe7e